
Teringin Nak Bercuti? Jom Tengok Tempat Menarik Di Kota Kinabalu
Setelah lama berkuarantin di rumah, anda pasti ingin meluangkan banyak masa dengan bercuti bukan? Ingin tahu 13 tempat menarik di Kota Kinabalu?
Kota Kinabalu merupakan salah satu tempat pelancongan yang sangat terkenal bukan sahaja di Malaysia malah ia juga terkenal di Asia.
Selain Gunung Kinabalu yang merupakan tumpuan utama pendaki dan juga pengunjung yang datang ke Sabah, Kota Kinabalu juga mempunyai tempat lain yang ada mesti lawati.
Dengan mengetengahkan tumpuan terhadap kekayaan hasil semula jadi, tempat menarik di Kota Kinabalu berikut merupakan tumpuan pelancong yang anda perlu lawati!
13 Tempat Menarik Di Kota Kinabalu
Tidak tahu tempat mana untuk dilawat ketika di Kota Kinabalu? Lihat senarai berikut:
- Gunung Kinabalu
Merupakan tempat paling terkenal bagi pelancong yang datang ke Sabah, Gunung Kinabalu merupakan gunung suci yang terletak di pinggiran pegunungan Kota Kinabalu.
Gunung in merupakan sebahagian daripada pergunungan terkenal bernama pegunungan Crocker dan ia mempunyai ketinggian di paras 13,000 kaki dari aras lautan.
Gunung Kinabalu mempunyai ekosistem yang terdiri daripada pelbagai jenis spisis haiwan dan tumbuhan. Anda patut datang berkunjung ke sini untuk menikmati flora dan fauna yang indah.
Gunung ini terletak di tengah-tengah Taman Negara Kinabalu yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO dan daripada puncaknya anda dapat melihat seluruh Sabah!
Terdapat banyak trek dan laluan untuk sampai ke puncak, tetapi anda perlu bermalam untuk menikmati pemandangan indah terbitnya matahari di puncak Gunung Kinabalu.
- Taman Tunku Abdul Rahman
Taman Tunku Abdul Rahman merupakan salah satu tempat terbaik untuk dikunjungi di Kota Kinabalu.
Ia mempunya lima pulau yang berbeza iaitu Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug.
Terdapat pelbagai aktiviti pantai yang anda boleh lakukan di Taman Tunku Abdul Rahman.
Namun, semua aktiviti pantai ini memerlukan anda untuk membuat tempahan awal.
Anda juga dapat menikmati pelbagai sukan air seperti snorkeling, selam skuba, dan menyaksikan keindahan kehidupan karang dan laut.
Anda boleh menaiki feri untuk ke Taman Tunku Abdul Rahman dengan anggaran 20 minit perjalanan dari Kota Kinabalu.
Kos untuk lawatan lengkap ke tempat tersebeut juga semurah RM53 bagi setiap orang dewasa dan ia dibuka dari 8.30 Pagi hingga 5 Petang.
- Manukan Island Resort
Manukan Island Resort adalah sebuah resort pulau peribadi yang mewah.
Tempat percutian ini menawarkan penginapan dengan pemandangan yang indah, masakan yang sedap dan aktiviti sukan air yang menarik.
Pulau Manukan dikelilingi oleh terumbu karang. Terdapat juga hutan hujan yang bersih dan pantai pasir putih yang cantik.
Dengan harga bilik dari RM700, Resort Pulau manukan merupakan salah satu tempat yang popular untuk dikunjungi di Kota Kinabalu.
Anda boleh melakukan banyak aktiviti yang menyeronokkan seperti menyelam, snorkeling dan trekking.
Untuk menikmati pemandangan hidupan laut, perjalanan menaiki kapal juga disediakan.
- Pasar Kraftangan Kota Kinabalu
Pasar Kraftangan Kota Kinabalu terletak di tepi pantai Kota Kinabalu dan ia juga dikenali sebagai Pasar Filipino atau Pasar Filipina.
Ia merupakan tempat yang mesti anda lawati ketika berada di Kota Kinabalu terutama sekali jika anda berminat untuk mendapatkan cenderamata yang dibuat oleh penduduk tempatan.
Sebilangan besar barang yang terdapat di pasar ini termasuklah mutiara, seni kraf tempatan, ukiran kayu, dan tekstil yang cantik.
Terdapat juga barang-barang lain seperti t-shirt dan aksesori. Aktiviti tawar menawar adalah biasa jika anda ingin mendapatkannya pada harga yang rendah.
- Pantai Tanjung Aru
Dengan hamparan pasir yang luas, Pantai Tanjung Aru merupakan salah satu pantai yang paling digemari di Kota Kinabalu dalam kalangan pelancong.
Oleh itu, tidak hairanlah ia mempunyai pelawat yang ramai pada waktu hujung minggu.
Namun, pantai ini sesuai jika anda hendak berehat dan bukannya berenang kerana keadaan airnya tidak sebersih pulau yang berdekatan.
Di samping itu, Pantai Tanjung Aru juga sesuai untuk anda berjalan-jalan santai di sepanjang pasir sambil menikmati pemandangan matahari terbenam.
Terdapat juga beberapa gerai makanan di sekitar pantai tersebut. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan tempat yang bagus untuk mencuba makanan ringan tempatan.
- Ladang Teh Sabah
Seperti di Cameron Highland, Sabah juga mempunyai ladang teh.
Apa yang membuatkan ladang teh Sabah ini menarik adalah kerana teh Sabah merupakan satu-satunya ladang teh organik di Borneo.
Ladang teh yang terbentang luas ini dikelilingi oleh hutan hujan semula jadi dan udara dingin pergunungan.
Walaupun ia terletak sekitar dua jam dari Kota Kinabalu, hasil teh yang lazat di situ membuatkan perjalanan anda berbaloi.
Tambahan pula, anda dapat belajar cara teh diproses. Anda juga boleh bersantai bersama secawan teh sambil menikmati keindahan alam sekitar yang menyenangkan.
Terdapat juga Rumah Panjang Teh Sabah di sini dan anda boleh melihat pemandangan Gunung Kinabalu dari kejauhan.
- Poring Hot Springs
Bermandi di Poring Hot Spring merupakan salah satu perkara yang pelancong sentiasa nantikan apabila tiba di Sabah.
Poring Hot Spring terkenal dengan kepanasan air yang sangat menyenangkan.
Banyak kajian mengatakan bahawa Poring Hot Spring sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai penyakit kulit.
Pelancong juga gemar ke sini untuk merenggangkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah dalam badan setelah mendaki Gunung Kinabalu.
Ini kerana perairan di sini mengandungi kandungan sulfur tinggi yang dikatakan mempunyai khasiat perubatan.
Bukan itu sahaja, terdapat juga pelbagai kemudahan yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.
- Menara Jam Atkinson
Menara Jam Atkinson adalah salah satu mercu tanda utama Kota Kinabalu sejak tahun 1902.
Menara ini dibina untuk menghormati Francis George Atkinson yang merupakan bekas Pegawai Daerah di Jesselton atau Kota Kinabalu pada zaman penjajahan.
Walaupun Atkinson meninggal pada tahun 1902 akibat malaria dan serangan jantung, menara itu masih teguh berdiri hingga ke hari ini.
Untuk sampai ke menara, anda perlu menyusuri bukit yang terletak di luar Jalan Tunku Abdul Rahman.
Daripada kawasan ini, anda akan dapat melihat pemandangan ke seluruh bandar tersebut!
- Kampung Mari Mari
Apa gunanya mengunjungi sesuatu tempat jika anda tidak memahami budaya dan tradisinya bukan?
Kampung Mari Mari memberi pelancong peluang untuk belajar gaya hidup suku tempatan di kawasan itu yang unik.
Di sini, anda dapat mengumpul pengetahuan tentang masakan etnik masyarakat Kampung Mari Mari serta gaya hidup mereka.
Anda pasti terpegun melihat kemahiran memburu dan teknik memancing mereka!
Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk berehat di pondok sambil menikmati makanan-makanan yang lazat.
Perkampungan ini agak terpencil dan terasing daripada pemodenan. Ia juga jauh ke pinggir desa Inanam di Kota Kinabalu.
- Kota Kinabalu City Mosque
Sangat rugi jika anda ke Kota Kinabalu tetapi tidak melawat masjid terbesar dan paling cantik di bandar ini.
Bangunan ini terletak di atas dataran laguna yang berkilauan. Ini membuatnya kelihatan seolah-olah masjid tersebut terapung di atas permukaan air.
Ukurannya yang luas mampu menampung sekitar 12,000 pengunjung pada satu masa.
Anda digalakkan melawat Masjid Kota Kinabalu ini pada waktu malam kerana ia akan diterangi oleh pantulan cahaya yang sangat cantik.
Sekiranya anda berkunjung pada waktu siang pula, anda dapat melihat kubah biru dan emas dengan jelas.
Anda juga boleh memasuki bahagian dalam masjid di luar waktu solat asalkan anda berpakaian sopan.
- Chinatown
Chinatown juga terkenal sebagai Jalan Gaya dan merupakan salah satu tumpuan utama bandar Kota Kinabalu.
Banyak tempat penginapan dan pelbagai pilihan kedai kopi serta restoran Cina di sini.
Selain itu, terdapat juga pasar pada setiap hari Ahad yang mempunyai banyak barang seperti pakaian dan cenderamata untuk anda bawa pulang ke rumah.
- Shangri-La’s Orangutan Care Project
Sekiranya anda peminat haiwan liar dan gemar menjelajah tempat baru, kami sarankan anda melawat Shangri-La’s Orangutan Care Project di Kota Kinabalu.
Pusat ini mempunyai banyak hidupan liar dan ia dikhaskan untuk pemulihan dan penjagaan orangutan.
Orang awam boleh bergambar dengan orangutan dan menghabiskan masa berkuliti dengan melihat keindahan kehidupan semulajadi.
Semasa lawatan, anda akan ditayangkan video pendek mengenai kehidupan orangutan sebelum diberi peluang untuk memberi makan orangutan dan monyet di kawasan tersebut.
Tempoh lengkap lawatan di Shangri-La’s Orangutan Care Project adalah sekitar 1-2 jam.
- Pulau Sapi
Pulau Sapi adalah salah satu tarikan pelancongan terbaik di Kota Kinabalu dan ia merupakan salah satu pulau yang tercantik di Taman Laut Tunku Abdul Rahman.
Walaupun pulau ini sedikit kecil jika dibandingkan dengan Pulau Manukan, tetapi anda masih dapat meluangkan masa berkualiti di samping pemandangan yang indah.
Anda boleh cuba kapal selam mini “Scuba-Doo”, yang merupakan kapal selam gaya motosikal kecil untuk berjalan-jalan di sekitar laut.
Berjarak 15 minit dari Kota Kinabalu anda boleh ke Pulau Sapi dengan dua cara iaitu sama ada dengan menaiki feri dari Jeti Jesselton atau dari Pelabuhan Sutera.
Kesimpulannya, terdapat banyak tempat menarik di kota Kinabalu yang anda wajib lawati.
Berminat untuk melawat semua tempat menarik di atas? Dapatkan pakej melancong menarik daripada Daeng Travel and Tours!
Daeng Travel and Tours ialah agensi pelancongan berdaftar di Malaysia dan merupakan syarikat Bumiputera yang pakar dalam pakej pelancongan terutamanya di Sabah.
Setelah beroperasi selama 6 tahun, kami berpengalaman dalam bidang pelancongan dan sedia memastikan anda memperoleh pengalaman melancong yang tidak dapat dilupakan.
Perkhidmatan utama kami merangkumi pakej pelancongan ke Kota Kinabalu dan Kundasang.
Kami juga komited untuk meningkatkan kualiti pakej pelancongan kami demi anda semua.
Sekiranya anda ingin ingin menikmati percutian di Kota Kinabalu dan Kundasang, anda boleh dapatkan pakej pelancongan popular kami yang merangkumi pakej 4 hari 3 malam ke Sabah.
Anda akan dapat melawat bandar, pulau dan gunung di sekitar Sabah.
Bukan itu sahaja, banyak aktiviti menarik yang anda boleh lakukan seperti island hopping dan snorkeling.
Kami juga memberi kemudahan tempah kereta sepanjang tempoh pelancongan anda.
Anda boleh memilih untuk sama ada memandu sendiri atau menggunakan khidmat pemandu pelancong kami.
Segera buat tempahan pelancongan anda.