
Tips Bantu Anak Bijak
- Berjalan
Dalam kajian di jurnal Frontiers in Public Health tahun lepas dapati berjalan 10 minit tingkatkan kapasiti menjawab soalan matematik bagi pelajar.
Memori mereka jadi lebih baik.
Lebih menarik lagi pelajar yang tidak cemerlang akademik tunjukkan lebih peningkatan dalam ujian matematik.
Bolehlah jadikan berjalan ini aktiviti keluarga. Atau di saat anak buntu dengan kerja sekolah, minta anak berjalan dahulu. Sambung kerja sekolah kemudiannya.
2. Beri Anak Makan B.I.T
- Buah Berries – Contohnya blueberries, cherry, blackberries dan strawberries. Beri kuasa besar pada hippocampus anak-anak. Memori jadi power.
- Ikan – Ikan kembung contohnya ada omega 3 yang tinggi. Bagus untuk otak. Ini makanan wajib untuk anak-anak. Tuna dan salmon pun bagus.
- Telur – Ia ada Choline. Penting untuk perkembangan memori anak-anak. Menu wajib sarapan.
Makanan mempengaruhi sikap anak. Beri kesan kepada tingkah laku. Tinggalkan impak kepada prestasi otak.
3. Tidur Awal
Kesan tidur tidak cukup:
- 1Memori – prestasi memori merudum
- 2Keputusan – kemampuan membuat keputusan juga merosot
- 3Perubahan hormon pada otak. Boleh membawa kepada kemurungan.
- 4Tingkatkan risiko kegemukan
- 5Jadikan kita cepat lapar
Pastikan anak cukup tidur. Tidur antara 6 hingga 8 jam untuk dewasa penting.
Tidur 9 jam untuk remaja dan kanak-kanak itu wajib.
4. Elak Makan Jajan
Saya terangkan dapatan kajian kesan makanan ringan ke atas otak:
- 1Bahagian otak yang terlibat dalam pembelajaran, memori dan kesihatan mental iaitu hippocampi menjadi kecil.
- 2Mengurangkan hormone BDNF di dalam otak. Tugas hormon ini ialah memelihara sel-sel otak dari rosak.
- 3Lebih terdedah kepada kemurungan, kerisauan dan nyanyuk.
- 4Menyebabkan keradangan pada otak.
anak lambat bercakap | buku cerita kanak kanak | belajar membaca | early chilhood education malaysia |