
Minyak Wangi: Bagaimana Memilih Perfume Yang Tahan Lama?
Anda pasti sering mengalami masalah ini di mana apabila anda menyembur minyak wangi, tidak lama selepas itu baunya akan hilang.
Sekiranya anda menghadapi masalah sebegitu, anda tidak keseorangan. Dalam artikel ini, kami akan tunjukkan anda cara memilih minyak wangi yang lebih tahan lama. Barulah anda rasa berbaloi untuk beli.
Bagaimana Ingin Menjadikan Minyak Wangi Tahan Lama?
Ramai menjadikan pemakaian minyak wangi sebagai rutin wajib sebelum melangkah keluar dari rumah. Ada yang sehingga membawa botol kecil yang mudah di simpan di dalam beg. Ada juga yang sanggup berbelanja mahal untuk mendapatkan minyak wangi yang berkualiti dan berjenama.
Di sini kami kongsikan 4 panduan bermanfaat untuk membuatkan minyak wangi tahan lebih lama.
1. Simpan Di Dalam Suhu Bilik, Jangan Simpan Di Dalam Bilik Air, Tempat Lembab Atau Panas.
Partikel ataupun molekul yang terdapat di dalam minyak wangi tersebut boleh pecah sekiranya diletakkan di tempat yang panas ataupun sejuk. Ini akan menyebabkan minyak wangi tersebut tidak akan tahan lama jika disembur pada badan.
2. Simpan Minyak Wangi Dalam Kotak
Sekiranya anda membeli minyak wangi, sudah tentu akan mendapat kotaknya sekali. Oleh itu, simpan kotak tersebut kerana boleh digunakan lagi untuk menyimpan minyak wangi.
3. Ketatkan Penutup Botol
Pastikan minyak wangi anda ditutup ketat untuk mengelakkan sebarang pencemaran yang mungkin boleh berlaku di dalam minyak wangi itu.
4. Pilih Minyak Wangi Dalam Bekas Kecil
Intensiti aroma minyak wangi akan mudah berkurang sekiranya disimpan dalam botol yang besar. Ianya juga akan teroksida dari udara dengan lebih cepat berbanding disimpan dalam botol kecil.