jambang

4 Tips Penjagaan Jambang Agar Tampil Lebih Kemas

Menyimpan jambang atau janggut merupakan sunnah tetapi ramai yang tidak tahu bahawa penjagaan jambang amat penting seperti penjagaan rambut.

Terdapat banyak cara untuk menjaga jambang agar kekal sihat dan kemas sepanjang masa. Di sini, kami sertakan 4 tips penjagaan jambang untuk panduan kaum lelaki:

1. Merapikan jambang anda, trim dengan kerap

Sebelum merapi janggut anda, sikat ke arah atas terlebih dahulu sebelum menyikat kepada kedudukan asal dengan cara itu bulu yang tidak sihat akan timbul. Guna gunting untuk trim bulu janggut yang timbul itu dan lakukan secara kerap kaedah ini.

2. Cuci janggut anda

Sebagaimana kita kerap mencuci rambut, seperti itulah kita perlu kerap mencuci janggut juga. Ini kerana janggut akan berminyak dan terdapat kotoran yang melekat setelah melakukan aktiviti seharian. Gunakan sabun khas untuk mencuci janggut agar kekemasan janggut sentiasa terjaga.

3. Sapu minyak

Terdapat banyak minyak khas untuk jambang yang dijual di pasaran pada masa ini. Oleh itu, sapu minyak jambang dengan kerap untuk membekalkan vitamin dan nutrisi penting kepada jambang anda.

4. Sikat jambang anda

Ramai yang mengambil mudah berkaitan sikat jambang kerana merasakan ia tidak penting. Namun, sikat jambang amat penting untuk mengekalkan kekemasan jambang anda dan mengelakkannya menjadi kusut masai.